TENTANG KAMI
Penginapan Selesa Untuk Setiap Perjalanan Anda
Selamat datang ke Mini Homestay Taman Daya, Johor Bahru.
Homestay kami direka khas untuk memenuhi keperluan keluarga kecil, kontraktor, pekerja luar kawasan dan pelawat yang mencari tempat penginapan yang selesa pada harga yang berpatutan.
Terletak di kawasan perumahan yang tenang di Taman Daya, homestay ini menawarkan suasana yang selamat dan damai untuk berehat selepas seharian bekerja atau melancong.
Dengan kapasiti sehingga 4–6 orang tetamu, setiap ruang disediakan bagi memastikan keselesaan anda sepanjang penginapan.

